Back

Semula Tentang Kita karya Hiznawa

Rated 5 stars out of 5
(6202 Looking for this)


Quantity
More Info

ISBN: 978-967-26602-8-6

Bil. mukasurat: 456

Tahun terbitan: 2022

Jenis Kertas: Bulky 70gsm

***

SEMULA TENTANG KITA

Perjalanan hidup manusia adakalanya indah, adakalanya penuh liku dan duri. Begitu juga dengan kisah hidup Daneen. Dek masa silamnya, dia benci bergelar perempuan. Lantas, ditukar perwatakannya menjadi kasar bagaikan seorang lelaki.

Pertemuan kali pertama dengan Zayyad bukanlah dalam keadaan yang tenang. Ada adrenalin yang saling berlumba sehingga sesak terasa di dada. 

“Kau kalau nak mati, tunggu malaikat maut yang datang cabut nyawa, boleh tak?” – Daneen 

“Can you just... mind your own business?” – Zayyad

Seiring masa, Daneen dan Zayyad kian selesa berkongsi cerita dan rasa. Namun, persahabatan yang diharapkan untuk selamanya, retak di tengah jalan. Janji hanya tinggal janji. Lalu perpisahan mencipta jurang antara dua hati.

Bertahun berlalu, takdir kembali menemukan mereka. Daneen dan Zayyad. Orang yang sama, tetapi hati dan perasaan yang sudah jauh berbeza.

“Is it that hard to go back to how we used to be?” – Zayyad.

Adakah peluang untuk mencipta semula lembaran baharu tentang mereka? Bagaimana pula, apabila mimpi ngeri yang jauh ditinggalkan kembali menghantui?

***

Hiznawa berjaya membawa pembaca menyelami emosi dua watak yang bergelut dengan kisah silam masing-masing. Plot ceritanya mengalir lancar sehingga ke noktah terakhir. 

– Nur Kamalia Ramlan, Editor.

 

PENGUMUMAN PENTING!

Caj pengeposan ke Sabah dan Sarawak menerusi pembelian di website kami akan dinaikkan dari RM13 (asal) kepada RM15 (baharu) berkuatkuasa 13 Januari 2024.

Untuk makluman, perubahan ini adalah disebabkan kenaikan caj yang dikenakan oleh pihak kurier.

 

Perlu Bantuan?